AM

LEBIH 20 PENGHUNI DI ACACIA BY PACIFIC SENIOR LIVING SELEPAS DIBUKA TAHUN LEPAS

25/04/2024 01:09 PM

KLANG, 24 April (Bernama) -- Acacia by Pacific Senior Living sebuah kediaman komuniti warga emas yang menampilkan suasana resort di Malaysia kini mempunyai 20 penghuni selepas dilancarkan pada November tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Interim dan Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Pacific Senior Living Sdn Bhd., Dr J. Ramnan berkata pihaknya komited memberi tumpuan dalam menyediakan penjagaan kesihatan warga emas yang komprehensif.

Katanya, ini dapat dibuktikan menerusi langkah melengkapi kesemua 136 bilik di kediaman itu dengan kemudahan perubatan terkini dan perkhidmatan premium yang direka teliti untuk individu berumur 60 tahun ke atas.

“Ini satu pencapaian agak baik selepas majlis perasmian pembukaan kediaman yang telah disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya bersama media yang turut dihadiri Ketua Pegawai Pembangunan Pacific Senior Living, Mutalib Ahmad di sini hari ini.

Beliau berkata kediaman itu menampilkan pilihan bilik Superior, Eksekutif dan Premier dengan harga perginapan bermula RM8,500 sebulan.

Sementara itu, salah seorang penduduk, Sharon Lee Soo Sin, 68, berkata bahawa penginapan selama sebulan di Acacia amat menyenangkan serta menyegarkan.

"Saya bersyukur dan kagum dengan pasukan yang hebat. Semua petugas terlatih,berdedikasi, komited, penyayang, penuh kasih sayang, menyenangkan, ceria, sabar dan ada yang bersedia melakukan lebih dari yang diperlukan.

"Mereka menganggap kami seperti keluarga besar, bapa dan ibu saudara atau datuk nenek mereka, dengan penuh hormat dan bermaruah dan bukan sebagai pelanggan. Sikap penyayang, positif dan penuh kasih mereka akan memberi pengaruh dan impak kepada penduduk. Ini membuat perubahan nyata dalam kehidupan mereka.

“ Sangat menggalakkan, memberi keselesaan dan menaikkan semangat. Sebab utama penduduk berada di sini ialah mereka perlu dibantu menjalani kehidupan dengan penjagaan, masalah kesihatan atau memerlukan penjagaan atau rawatan pemulihan.

“ Saya sangat mengesyorkan Acacia kepada semua yang memerlukan bantuan dan penjagaan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Acacia by Pacific Senior Living dengan melayari  www.pacificseniorliving.com.my dan mengunjungi laman media sosial Pacific Senior Living di Instagram dan Facebook. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan