Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

The New Normal: Najib jawab bagaimana cara untuk rakyat berdepan kesan Covid-19


Ketika ditanya oleh wartawan dalam rancangan The Outlook yang disiarkan secara langsung di Facebook, bekas Perdana Menteri DS Najib Razak telah menerangkan secara ringkas mengenai bagaimana cara untuk rakyat berdepan dengan kesan daripada Covid-19 terutama yang kehilangan kerja, sumber pendapatan dan sebagainya,

Di dalam wawancara yang bertajuk "Pengurusan Krisis: Ekonomi Pasca Wabak Dari Perspektif Najib Razak" menurut beliau apa yang paling penting, rakyat harus menerima menerima hakikat norma baharu (the new normal) ini.



Pertama, bagi sesiapa yang mempunyai tahap kemahiran (skill level) yang rendah, boleh naik taraf tahap kemahiran sendiri di masa PKP ini. Apabila ekonomi pulih, kita boleh menggunakan kemahiran baharu ini untuk meningkatkan lagi pendapatan.


Kedua, dalam bidang perniagaan pula, kita perlu tengok sektor yang ada potensi ketika norma baharu ini.Seperti contoh kepada sesiapa yang sebelum ini berniaga dalam sektor terjejas seperti  pelancongan, boleh tukar kepada sektor lain yang lebih berpotensi.



Ketiga, ubah cara-cara berniaga dan kalau boleh amalkan perniagaan secara online. Buat apa saja yg boleh menambah pendapatan melalui online seperti servis penghantaran dan sebagainya.

"Pendek kata dalam suasana new normal kita perlu lebih kreatif. Kita juga perlu tambah kekuatan dalaman, janga putus asa dan perlu lebih positif." ujar Najib.

Wawancara penuh boleh ditonton di Facebook Najib Razak.

-Tun Carlos